Saturday, 13 August 2011

BERBUKA PUASA di SEKOLAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. xD


HOHOO 
Korang, Khamis lepasss...
Aku pegi berbuka puasa kat sekolah ouh !
TAKBESSTTT ==''
hahaha..


Makan nasi briani KOTT.. 
*actually, aku taktahu nasi apa yang aku TELAN tuh.
tapi SURE benda tuh takrasa mcm nasi briani LANGSONGG !
makan dengan lauk ayam GORENG, ARCA.. 
PELIK kottt... 


*TARAA.. 
nih dia makanannya.. 
ala, NASI nya tak nampak sgt.. HAHA.. 
pandai pandai lah!

tapii takpelaa.. at least , aku diJEMPUT dan diLAYAN dgn baik.. 
SYUKUR, ALHAMDULILLAH :)
Haa, ktorg dapat snap pic jgk lah..
tapii yang ada kat aku SATU je.. HIKHIKHIK

*TE'AH & QIS :))

Dah laaa.. SAMPAI SINII je dulu.. BABAII
ASSALAMUALAIKUM 
TC yaww ! >.<

Tuesday, 2 August 2011

SALAM RAMADHAN (:

Assalamualaikum...
Haipp, 
firstly, nak cakap 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN lah..


‎(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。



Wah, rasa best sangat laa puasa tahun nih, kenapa ek?
entah lah, Allah bg rahmat banyak kot tahun nih.. hehe.. (:
Pape pon, korang jangan lupa buat tarawih selalu tau..
Doa pon kena perbanyakkan.. Solat solat sunat pon buat laa selalu..
InsyaAllah doa korang dimakbulkan..
eh, WAJIBBB! cuma cepat atau lambat je kita taktau..
Jom sama sama kita rebut Lailatul Qadar oke? xD


Waa, tadi dengar bebudak sini maen MERCUN.. 
ahaa, aku nih pantang dengar bunyi mercun, mmg rasa nak join... 
naseb baek dyorg lelaki asing, tak jadi la nak join..HAHA.. xD


Pewrh, teringat laa kat kampung... :")
Selalu time RAYA AIDILFITRI ke AIDILADHA ke, 
permainan UTAMA kami sepupu sepapat of coz la MERCUNNN ! haha.. xD
nak tau kami 'rembat' mercun tuh dari mana?
HAHA..ada tawkeyy maa!
dari Abi *abg ipar mama,pakcik aku*
Kalau raya je memang selalu dia bawak balik kampung berkotak kotak mercun..
Cop cop, bukan mercun pop or mercun bawang tuh ek?
mercun bahaya punyaa.. HAHA.. mercun bola ada, mercun ketupat ada, mercun mancis ada, mercun lalat ada, mercun bunga api ada, banyak ah.. *tak kenal semua jenis HAHA*


Dulu masa kecik kecik aku ingat lagi, jiran opah aku, Abg Epi 
dia buat meriam..Pewrh, gilaa.. dia suka nyakat aku, tapi skrg tak lagi laa, 
masing masing besar dah.. ngee xD
Kalau dengar je bunyi meriam tuh, mesti ada je yg menangis..*aku tak laa* xD


Raya tahun nih, hopefully SEMUAAA balik & dapat jumpa... 
*Belah mama-->Family Pak Long, Ummi, Cik Man, Acu (: *
*Belah baba--> Family AmiLah, AmiCah, Caca Ja'far *pggilan pelik?KENAPA?tanya sendiri *
Terbaek lah kalau semua balik...
Mak Long boleh buat pizza lagi, cucu cucu lelaki boleh bakar lemang, cucu cucu yg anak dara boleh tlg bakar mercun..HAHA >.<
Ahh, bestt gila kalau dpt kerjasama bakar lemang.. HAHA >.< 
p/s: ecehh, belom raya lagi dah dok sebok sebok cakap pasal raya, puasa pon baru hari kedua..SENGAL kan?HAHA  xD


Takdelah, nih kira doa laa.. Hope dapat la jumpa mereka mereka nih.. 
Lama sangat dah tak jumpa.. *Lama ke? HAHA*
Oke lah, setakat nih jelaa.. Lain kali aku updates lagi, k..
Babaii dear.. take care utk raya 
jangan main MERCUNN, aku takpe.. HAHA :D

Thursday, 28 July 2011

Ciri ciri Wanita Syurga..


1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

LELAKI-Pelindung atau Pelingkup Wanita?


Di bahu lelaki, terletaknya tanggungjawab lebih besar untuk mengemudi bahtera kehidupan. Malah di atas bahu ciptaan Allah jua, kita diminta untuk melindungi wanita, golongan yang lemah berbanding kita, kaum Adam.
Menarik benar Malam Amal Raudatus Sakinah 2010 yang dianjurkan Pertubuhan Jemaah Islam (JIM), pada awal bulan ini. Program yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) dianggap sebagai wadah ter baru organisasi berkenaan mengutarakan tanggungjawab mereka ke pada masyarakat. Lebih menarik sebenarnya, apabila slogan yang dijadikan tema pada program berkenaan mempertaruhkan hanya tiga perkataan. Namun ia semestinya menarik perhatian bukan setakat peserta yang hadir. Lebih dari itu, ia perlu dihayati setiap insan bergelar lelaki.
‘Lelaki Pelindung Wanita’. Tema yang cukup mendalam. Benar, ia memberikan mesej yang ter lalu besar terutama kepada kaum adam. Lantas, mengapakah lelaki perlu menjadi pelindung kepada wanita?
Firman Allah SWT yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberinafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuanperempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuanperempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencaricari jalan untuk menyusahkan mereka.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah An-Nisaa’:34)
Firman Allah di atas secara jelas menyatakan bahawa lelaki menjadi pemimpin dan bertanggungjawab ke atas wanita. Maknanya bukan setakat menjadi ‘imam’ kepada golongan hawa. Malah tanggungjawab turut hadir seiring dengannya. Peranan mencari nafkah dan melindungi wanita terletak di bahu lelaki, apabila bergelar suami kelak. Namun, apa yang kita dapati ketika ini, ramai lelaki yang tidak memainkan tanggungjawab ini. Malah merekalah pula yang menjadi  perosak kepada maruah wanita. Ini dapat dibuktikan apabila begitu banyak kes rogol yang meresahkan jiwa kita saban hari.
Wanita begitu mudah diperkotak-katikkan. Lebih malang, ada juga segelintir lelaki yang bertindak lebih kejam dan tidak bermaruah. Sudah lah merosakkan nilai kemanusiaan, mereka jugalah yang begitu rakus mengumpul kekayaan dengan memper dagangkan wanita. Nilai wanita seolah-olah dipijakpijak. Demi mendapatkan kepuasan  nafsu liar, wanita dibayar bagi memperdagangkan tubuh mereka. Sepatutnya maruah merekalah yang perlu kita perjuangkan dan jaga.

---Copy from iLuvislam.com.---

Tuesday, 26 July 2011

Good news for myself and my future :')

Haip, haip..
Assalamualaikum adek adek, kakak kakak, abang abang sekalian....


Hari nih aku dapat berita baikkk..
Niat aku nak sambung belajar bahasa Arab tercapaiiii jugak..
Alhamdulillah sangat sangat.... (':
tak tau nak cakap cmne lagi laa..
HAPPY gilaa..


that's means, aku boleh laa sambung belajar dalam courses yang aku impikan selama nih..
major psikologi dan minor pengajian islam.. 
wahh, bunyi BEST je.. hahaha.. excited & tambah semangat pulak nak belajar betol betol *subject yang aku target jela..


Actually, awal tahun hari tuh dah pegi dah masok kelas tuisyen, tapi aku give up..
Aku tak pikir betol betol.. Nih dah dekat akhir tahun baru terpikir nak ambik balik.. Nasib baik pulak ada cikgu praktikal offer nak ajar aku masa terdengar aku borak borak dgn ustazah bahasa Arab... Ustazah bahasa Arab nih bukan taknak ajar, tapi memang sekolah kitorg tak tawarkan subject bahasa Arab Tinggi, utk SPM... Cikgu ngajar bahasa Arab pon tinggal ustazah tuh sorang je, kesian kat dia.. Sayang seribu kali sayang laa kalau aku give up lagi kali nih, dah ada basic tapi nak tinggalkan camtuh je.. 
JANGAN JADI BODOH LAA, UNA ! 


Haa,kiranya aku ambik 10 subject laa skrg.. 
cukop cukop dgn quota sekolah..
sekolah kitorg bagi ambik 10 subject je, maximum la nih..
oke,oke.. taknak give up dah, insyaAllah.. asalkan dapat apa yg diimpikan lah!
hope korang support aku selalu laa ye ? Lagi bersemangat kalau korang support jugak ! xD
EXCITED tak hingattt la skrg nih.. :) 


Thanks kat Cikgu Shazmiza yg sudi nak ajar saya..Cikgu memang terbaekkk ah! Semoga Allah balas kebaikan cikgu lah.. Nanti nak kenal kenal dgn cikgu lah xD 


Dalam hati: Kalau dapat sambung form6 STAM nanti, oke jugak.. dapat pegi Jordan.. SWEET gilaa.. *ahh, BERANGANNNN.

Sunday, 24 July 2011

Pabila BOSAN di KELAS....

Ehem ehem, 
tajok je dah menunjukkan yang aku budak SASTERA !
HAHA..
Whateverrrr... Bukan nak cakap pasal tuh. :p

Haa, hari nih kat sekolah bosan gila kot..
BOSAN seBOSAN BOSANnyaa..
nak tau sebab apa?
SEBABBBBBBBBBBBBBBB .......

Cikgu tak masok pon...
GILAA kan?
sekolah apa tuh??
Sekolah Menengah Kebangsaan dotdotdot lahh ! mana lagii...

Memang besttttt cikgu tak masok tapii yang tak tahannya
kena duduk dengan bebudak yang BISINGGG BISINGGGGGGG sangat...
adoii, aku nak siapkan module sejarah tadi pon tergendalaaa..hilangg mood 
*RAJIN konon
ahaksss..
Tadi cikgu BM & Tasawwur je belajar... lagi 3 subject tadi entah cikgu kemana... BUSYY kot.. 
oke,FINEEE >.<

Haa, pastuh kan...
masa aku bosan bosan dok kat kelas yang bising lagi membosankan tuh,
aku dengan TIQAH kebosanan lah..yela, nak siapkan module pon tergendala...
LAst last ktorg buad 'revision' sendiri laa..HAHAHAHA..
senyap senyap sudeyhh..
*SEE, ktorg punya 'revision' tak ganggu HIDOPPP rakan sekelas pon.. BAIK kan?
soooo goooooddddd ~

Haa, nak tau 'revision' ktorg pasal apa?
HAHAHA..
tajoknya, ''LELAKI idaman 'Puan Seri' Atiqah & Aku sendiri''
HAHAHAHAHAHAHA. tajok je dah gempak, belom korang tao isi isinya lagi..
so, lepas nih, kalau nak join, meh datang 'port' ktorg ek?isi borang dulu..! HAHA..
Dalam perbincangan nih ,of coz laa TIQAH punya CIRI CIRI lelaki idaman lebih mencabar..
aku biasa biasa je, tak terlalu memilih pon.. haa, cepat cepat isi borang kalau nak kenal dgn aku ! HAHAHAA.. *eh eh, gurau je..! gurau senda petang petang lah..

Nak tau apa ciri ciri lelaki TIQAH?
banyakkkk.. dan aku sendiri pon SUREEE gilaa yang dia takkan jumpa lelaki PERFECT cmtuh..mana ada lagi lelaki cmtuh.. 
meh aku list kan sedikit sebanyak ciri ciri nya :-

-anak DATO' @ orang kaya
-over overr overrr protectiveee guy *paling penting kata dia
-jaga penampilan, taknak selekeh2
-selalu pegi spa
-bina badan tapi taknak yg ada muscle besar2 sgt *aku pon nak! HAHA
-taekwando tali pinggang hitam *paling tak boleh blah HAHAHA
-pemurah,baik
-yg tak pernah ada EX-GF *mustahil ada makhluk cmnih zmn skg
-HANDSOME *grr,bagi aku tak penting sgt kot
-ilmu agama CUKUP, sembahyang tak tinggal *penting sgt bg aku
-jujur,setia,ikhlas *semua orang NAK
-lebih pandai dari dia
-tinggi dari dia yg pendek HAHA *sorii mek ! 
-macho
-gentlemen,romantik,suka pujuk *aku pon NAK!
-pandai buat lawak *aku pon NAK!
-menenangkan bila sedih *aku pon NAK!
-tangan BERSIH *aku tak paham maksod bersih tuh, LICIN laa kot
-sombong, tak layan perempuan lain *aku pon NAK!
-penyayang, ambik berat *aku pon NAKK ! HAHA
--->HAA, tuh jelaa yang aku ingat... adoiii, RUGII aku tak salin semua ciri ciri dia tuh..

Persoalannya, sekarang nih ada lagi ke LELAKIII seSEMPURNA nih zaman sekarang???
TAKDE kan??korang ada kenal lagi cmnih zaman skrg??kalau ada, meh pas kat aku dulu..biar aku NILAII..pastuh, kalau oke baru aku bagi TIQAH.. *aku tak ambik dah laa sebab aku dah ada pilihan sendiri kot..HAHA >.<  Tapii memang takde kan????????

hoho... 
masa ktorg sembang2 pasal nih, memang GELAK GELAK jelaa, mujur takde ruang nak GELAK GULING GULING... kalau tak, HAHAHA.. no komen lahh..
Thanks to Tiqah sebab buat aku GELAK tak hingatttt sampai dah sehad demam aku, cuma still batuk batuk je..doakan aku cepat sehad, k.. :)
Have a nice day korang, Take care ! :D

Saturday, 23 July 2011

PERFECT PROFILE !


SEMPURNA kan? :D

Serba PURPLE *obsess with this colour*
Sebelum nih buad serba PINK *favourite colour*

Bila pikir pikir balik nak wish RAMADHAN laa.. :) 
Cari pic kegemaran kat google,
and make a profile banner kat http://apps.facebook.com/superbanners/
tapi korang kena sign in account pesbuk korang duluu.. pastuh, korang just follow je arahan dia.. Baru jadii.. OKE? :D

Btw, yang In relationship tuh, 
takde pape tauu.. jangan ambik serius pulak..
saje saje je buad dgn kawan baik aku.... 
think positive k..
*wink wink ;)