Saturday, 13 August 2011

BERBUKA PUASA di SEKOLAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. xD


HOHOO 
Korang, Khamis lepasss...
Aku pegi berbuka puasa kat sekolah ouh !
TAKBESSTTT ==''
hahaha..


Makan nasi briani KOTT.. 
*actually, aku taktahu nasi apa yang aku TELAN tuh.
tapi SURE benda tuh takrasa mcm nasi briani LANGSONGG !
makan dengan lauk ayam GORENG, ARCA.. 
PELIK kottt... 


*TARAA.. 
nih dia makanannya.. 
ala, NASI nya tak nampak sgt.. HAHA.. 
pandai pandai lah!

tapii takpelaa.. at least , aku diJEMPUT dan diLAYAN dgn baik.. 
SYUKUR, ALHAMDULILLAH :)
Haa, ktorg dapat snap pic jgk lah..
tapii yang ada kat aku SATU je.. HIKHIKHIK

*TE'AH & QIS :))

Dah laaa.. SAMPAI SINII je dulu.. BABAII
ASSALAMUALAIKUM 
TC yaww ! >.<

Tuesday, 2 August 2011

SALAM RAMADHAN (:

Assalamualaikum...
Haipp, 
firstly, nak cakap 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN lah..


‎(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。



Wah, rasa best sangat laa puasa tahun nih, kenapa ek?
entah lah, Allah bg rahmat banyak kot tahun nih.. hehe.. (:
Pape pon, korang jangan lupa buat tarawih selalu tau..
Doa pon kena perbanyakkan.. Solat solat sunat pon buat laa selalu..
InsyaAllah doa korang dimakbulkan..
eh, WAJIBBB! cuma cepat atau lambat je kita taktau..
Jom sama sama kita rebut Lailatul Qadar oke? xD


Waa, tadi dengar bebudak sini maen MERCUN.. 
ahaa, aku nih pantang dengar bunyi mercun, mmg rasa nak join... 
naseb baek dyorg lelaki asing, tak jadi la nak join..HAHA.. xD


Pewrh, teringat laa kat kampung... :")
Selalu time RAYA AIDILFITRI ke AIDILADHA ke, 
permainan UTAMA kami sepupu sepapat of coz la MERCUNNN ! haha.. xD
nak tau kami 'rembat' mercun tuh dari mana?
HAHA..ada tawkeyy maa!
dari Abi *abg ipar mama,pakcik aku*
Kalau raya je memang selalu dia bawak balik kampung berkotak kotak mercun..
Cop cop, bukan mercun pop or mercun bawang tuh ek?
mercun bahaya punyaa.. HAHA.. mercun bola ada, mercun ketupat ada, mercun mancis ada, mercun lalat ada, mercun bunga api ada, banyak ah.. *tak kenal semua jenis HAHA*


Dulu masa kecik kecik aku ingat lagi, jiran opah aku, Abg Epi 
dia buat meriam..Pewrh, gilaa.. dia suka nyakat aku, tapi skrg tak lagi laa, 
masing masing besar dah.. ngee xD
Kalau dengar je bunyi meriam tuh, mesti ada je yg menangis..*aku tak laa* xD


Raya tahun nih, hopefully SEMUAAA balik & dapat jumpa... 
*Belah mama-->Family Pak Long, Ummi, Cik Man, Acu (: *
*Belah baba--> Family AmiLah, AmiCah, Caca Ja'far *pggilan pelik?KENAPA?tanya sendiri *
Terbaek lah kalau semua balik...
Mak Long boleh buat pizza lagi, cucu cucu lelaki boleh bakar lemang, cucu cucu yg anak dara boleh tlg bakar mercun..HAHA >.<
Ahh, bestt gila kalau dpt kerjasama bakar lemang.. HAHA >.< 
p/s: ecehh, belom raya lagi dah dok sebok sebok cakap pasal raya, puasa pon baru hari kedua..SENGAL kan?HAHA  xD


Takdelah, nih kira doa laa.. Hope dapat la jumpa mereka mereka nih.. 
Lama sangat dah tak jumpa.. *Lama ke? HAHA*
Oke lah, setakat nih jelaa.. Lain kali aku updates lagi, k..
Babaii dear.. take care utk raya 
jangan main MERCUNN, aku takpe.. HAHA :D

Thursday, 28 July 2011

Ciri ciri Wanita Syurga..


1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

LELAKI-Pelindung atau Pelingkup Wanita?


Di bahu lelaki, terletaknya tanggungjawab lebih besar untuk mengemudi bahtera kehidupan. Malah di atas bahu ciptaan Allah jua, kita diminta untuk melindungi wanita, golongan yang lemah berbanding kita, kaum Adam.
Menarik benar Malam Amal Raudatus Sakinah 2010 yang dianjurkan Pertubuhan Jemaah Islam (JIM), pada awal bulan ini. Program yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) dianggap sebagai wadah ter baru organisasi berkenaan mengutarakan tanggungjawab mereka ke pada masyarakat. Lebih menarik sebenarnya, apabila slogan yang dijadikan tema pada program berkenaan mempertaruhkan hanya tiga perkataan. Namun ia semestinya menarik perhatian bukan setakat peserta yang hadir. Lebih dari itu, ia perlu dihayati setiap insan bergelar lelaki.
‘Lelaki Pelindung Wanita’. Tema yang cukup mendalam. Benar, ia memberikan mesej yang ter lalu besar terutama kepada kaum adam. Lantas, mengapakah lelaki perlu menjadi pelindung kepada wanita?
Firman Allah SWT yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberinafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuanperempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuanperempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencaricari jalan untuk menyusahkan mereka.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah An-Nisaa’:34)
Firman Allah di atas secara jelas menyatakan bahawa lelaki menjadi pemimpin dan bertanggungjawab ke atas wanita. Maknanya bukan setakat menjadi ‘imam’ kepada golongan hawa. Malah tanggungjawab turut hadir seiring dengannya. Peranan mencari nafkah dan melindungi wanita terletak di bahu lelaki, apabila bergelar suami kelak. Namun, apa yang kita dapati ketika ini, ramai lelaki yang tidak memainkan tanggungjawab ini. Malah merekalah pula yang menjadi  perosak kepada maruah wanita. Ini dapat dibuktikan apabila begitu banyak kes rogol yang meresahkan jiwa kita saban hari.
Wanita begitu mudah diperkotak-katikkan. Lebih malang, ada juga segelintir lelaki yang bertindak lebih kejam dan tidak bermaruah. Sudah lah merosakkan nilai kemanusiaan, mereka jugalah yang begitu rakus mengumpul kekayaan dengan memper dagangkan wanita. Nilai wanita seolah-olah dipijakpijak. Demi mendapatkan kepuasan  nafsu liar, wanita dibayar bagi memperdagangkan tubuh mereka. Sepatutnya maruah merekalah yang perlu kita perjuangkan dan jaga.

---Copy from iLuvislam.com.---

Tuesday, 26 July 2011

Good news for myself and my future :')

Haip, haip..
Assalamualaikum adek adek, kakak kakak, abang abang sekalian....


Hari nih aku dapat berita baikkk..
Niat aku nak sambung belajar bahasa Arab tercapaiiii jugak..
Alhamdulillah sangat sangat.... (':
tak tau nak cakap cmne lagi laa..
HAPPY gilaa..


that's means, aku boleh laa sambung belajar dalam courses yang aku impikan selama nih..
major psikologi dan minor pengajian islam.. 
wahh, bunyi BEST je.. hahaha.. excited & tambah semangat pulak nak belajar betol betol *subject yang aku target jela..


Actually, awal tahun hari tuh dah pegi dah masok kelas tuisyen, tapi aku give up..
Aku tak pikir betol betol.. Nih dah dekat akhir tahun baru terpikir nak ambik balik.. Nasib baik pulak ada cikgu praktikal offer nak ajar aku masa terdengar aku borak borak dgn ustazah bahasa Arab... Ustazah bahasa Arab nih bukan taknak ajar, tapi memang sekolah kitorg tak tawarkan subject bahasa Arab Tinggi, utk SPM... Cikgu ngajar bahasa Arab pon tinggal ustazah tuh sorang je, kesian kat dia.. Sayang seribu kali sayang laa kalau aku give up lagi kali nih, dah ada basic tapi nak tinggalkan camtuh je.. 
JANGAN JADI BODOH LAA, UNA ! 


Haa,kiranya aku ambik 10 subject laa skrg.. 
cukop cukop dgn quota sekolah..
sekolah kitorg bagi ambik 10 subject je, maximum la nih..
oke,oke.. taknak give up dah, insyaAllah.. asalkan dapat apa yg diimpikan lah!
hope korang support aku selalu laa ye ? Lagi bersemangat kalau korang support jugak ! xD
EXCITED tak hingattt la skrg nih.. :) 


Thanks kat Cikgu Shazmiza yg sudi nak ajar saya..Cikgu memang terbaekkk ah! Semoga Allah balas kebaikan cikgu lah.. Nanti nak kenal kenal dgn cikgu lah xD 


Dalam hati: Kalau dapat sambung form6 STAM nanti, oke jugak.. dapat pegi Jordan.. SWEET gilaa.. *ahh, BERANGANNNN.

Sunday, 24 July 2011

Pabila BOSAN di KELAS....

Ehem ehem, 
tajok je dah menunjukkan yang aku budak SASTERA !
HAHA..
Whateverrrr... Bukan nak cakap pasal tuh. :p

Haa, hari nih kat sekolah bosan gila kot..
BOSAN seBOSAN BOSANnyaa..
nak tau sebab apa?
SEBABBBBBBBBBBBBBBB .......

Cikgu tak masok pon...
GILAA kan?
sekolah apa tuh??
Sekolah Menengah Kebangsaan dotdotdot lahh ! mana lagii...

Memang besttttt cikgu tak masok tapii yang tak tahannya
kena duduk dengan bebudak yang BISINGGG BISINGGGGGGG sangat...
adoii, aku nak siapkan module sejarah tadi pon tergendalaaa..hilangg mood 
*RAJIN konon
ahaksss..
Tadi cikgu BM & Tasawwur je belajar... lagi 3 subject tadi entah cikgu kemana... BUSYY kot.. 
oke,FINEEE >.<

Haa, pastuh kan...
masa aku bosan bosan dok kat kelas yang bising lagi membosankan tuh,
aku dengan TIQAH kebosanan lah..yela, nak siapkan module pon tergendala...
LAst last ktorg buad 'revision' sendiri laa..HAHAHAHA..
senyap senyap sudeyhh..
*SEE, ktorg punya 'revision' tak ganggu HIDOPPP rakan sekelas pon.. BAIK kan?
soooo goooooddddd ~

Haa, nak tau 'revision' ktorg pasal apa?
HAHAHA..
tajoknya, ''LELAKI idaman 'Puan Seri' Atiqah & Aku sendiri''
HAHAHAHAHAHAHA. tajok je dah gempak, belom korang tao isi isinya lagi..
so, lepas nih, kalau nak join, meh datang 'port' ktorg ek?isi borang dulu..! HAHA..
Dalam perbincangan nih ,of coz laa TIQAH punya CIRI CIRI lelaki idaman lebih mencabar..
aku biasa biasa je, tak terlalu memilih pon.. haa, cepat cepat isi borang kalau nak kenal dgn aku ! HAHAHAA.. *eh eh, gurau je..! gurau senda petang petang lah..

Nak tau apa ciri ciri lelaki TIQAH?
banyakkkk.. dan aku sendiri pon SUREEE gilaa yang dia takkan jumpa lelaki PERFECT cmtuh..mana ada lagi lelaki cmtuh.. 
meh aku list kan sedikit sebanyak ciri ciri nya :-

-anak DATO' @ orang kaya
-over overr overrr protectiveee guy *paling penting kata dia
-jaga penampilan, taknak selekeh2
-selalu pegi spa
-bina badan tapi taknak yg ada muscle besar2 sgt *aku pon nak! HAHA
-taekwando tali pinggang hitam *paling tak boleh blah HAHAHA
-pemurah,baik
-yg tak pernah ada EX-GF *mustahil ada makhluk cmnih zmn skg
-HANDSOME *grr,bagi aku tak penting sgt kot
-ilmu agama CUKUP, sembahyang tak tinggal *penting sgt bg aku
-jujur,setia,ikhlas *semua orang NAK
-lebih pandai dari dia
-tinggi dari dia yg pendek HAHA *sorii mek ! 
-macho
-gentlemen,romantik,suka pujuk *aku pon NAK!
-pandai buat lawak *aku pon NAK!
-menenangkan bila sedih *aku pon NAK!
-tangan BERSIH *aku tak paham maksod bersih tuh, LICIN laa kot
-sombong, tak layan perempuan lain *aku pon NAK!
-penyayang, ambik berat *aku pon NAKK ! HAHA
--->HAA, tuh jelaa yang aku ingat... adoiii, RUGII aku tak salin semua ciri ciri dia tuh..

Persoalannya, sekarang nih ada lagi ke LELAKIII seSEMPURNA nih zaman sekarang???
TAKDE kan??korang ada kenal lagi cmnih zaman skrg??kalau ada, meh pas kat aku dulu..biar aku NILAII..pastuh, kalau oke baru aku bagi TIQAH.. *aku tak ambik dah laa sebab aku dah ada pilihan sendiri kot..HAHA >.<  Tapii memang takde kan????????

hoho... 
masa ktorg sembang2 pasal nih, memang GELAK GELAK jelaa, mujur takde ruang nak GELAK GULING GULING... kalau tak, HAHAHA.. no komen lahh..
Thanks to Tiqah sebab buat aku GELAK tak hingatttt sampai dah sehad demam aku, cuma still batuk batuk je..doakan aku cepat sehad, k.. :)
Have a nice day korang, Take care ! :D

Saturday, 23 July 2011

PERFECT PROFILE !


SEMPURNA kan? :D

Serba PURPLE *obsess with this colour*
Sebelum nih buad serba PINK *favourite colour*

Bila pikir pikir balik nak wish RAMADHAN laa.. :) 
Cari pic kegemaran kat google,
and make a profile banner kat http://apps.facebook.com/superbanners/
tapi korang kena sign in account pesbuk korang duluu.. pastuh, korang just follow je arahan dia.. Baru jadii.. OKE? :D

Btw, yang In relationship tuh, 
takde pape tauu.. jangan ambik serius pulak..
saje saje je buad dgn kawan baik aku.... 
think positive k..
*wink wink ;)

Got a new song for this BLOG

Ala, tuh pon nak kena citer ke ek?HAHA.. 
ntah pape laa kau nih , Una oii.. 

HAHAHA.. 
lantak aku la.. :p 
bosan ouh !
nih laa keje part time aku..
hwork takde, lepak lepak tgk blog, pesbuk, YM..

hukhukhuk...
Haa, sebut sebut pasal YM ..
korang ade YM?
yang ade tuh, tinggalkan laa YM korang kat comment bawah tuhh.. :) oke?

btw, pasal lagu nih..
SEDAPPP kan?BESTTT kan?
*tolong laa jangan jealous ! :p 

Ada kaitan dgn yang hidup, tapi takde kaitan dengan yang MATI.. :D
oke lah, ENJOY it dear !

Tuesday, 19 July 2011

Nak KEK Rina =.='

Zaima...
Zati...
Wani...
Jaja...
Jija..
Rina...
Fiza...


:'(
befday aku dah dekat...
nak KEK rina lagi..
RINDUUU kek..
RINDUUU korang.... Bestiess forever lah~
Dah lama tak buat sekolah and kelas macam hak MILIK kita sepenuhnya..
Dulu kita selalu buat sekolah and kelas macam 
hak MILIK kita sepenuhnya KAN?
Kita buat 'jamuan' geng kita sesuka hati, sesedap rasa je..
Budak lain tengok semua meleleh je air liur..


Bila ek kita boleh buat lagi semua nih?
Bila ek kita boleh dudok kat 'port' kita lagi sambil tunggu cekgu masok kelas?
Bila ek kita boleh rehat sama sama lagi? *no more NASI AYAM here*
Bila ek kita boleh share suka duka kita lagi?
Bila ek kita boleh gaduh gaduh lagi dgn bebudak yang cari pasal dgn kita?
Bila ek kita boleh main kutok kutok orang lagi? *hobi paling SHIAL ! HAHAHA


Dah nak habes sekolah dah..*bagos !*
Next year, konpem konpem aku stay sini lagi *tapi hope dpt pndah Taiping ah*
So, mestii tak dapat jumpa korang lagi..
Ayah aku tak nak bawak balik sana lahh.. 
Macam macam alasan dia bagi..
Rumah kat sana apa jadi pon tak tau laa..
Nak harap abg aku uruskan. pewrhh, BOLEH ke? *HAHA


Zaima, Zati, Wani, Jaja, Jija, Rina, 
FIZA @ GORENG apa citer sekarang?
Aku call dia tak dapat dapat dah sekarang..
Dia tukar nombor ke?
Tak bagitahu pon..


Weh, ada banyak citer utk korang about sekolah PELIK nih -.-'
Akhir taon nih maybe aku balik sana, InsyaAllah.. *janji bapak aku nih*
So, 5 hari sebelom balik sana aku hello hello korang.. 
Aku nak KEK Rina tauu! HAHA *demand*
Arina, INGATTT ! 
HAHAHAHA.. *gelak jahat


To
Zaima @ Mama: Ma, jaga diri tauu! RINDU nak dudok sebelah kau pastuh kena marah sebab tak hafaz Surah yg ustaz Khalid suruh..HAHA
Zati @ Ti or Ya:  Ti, jgn nangis baca benda nih..TAHANN ye..! RINDU nak tgk kau nangis lagi..HAHA
Wani @ Nyonya: Nya, sehad? HAHA.. lama tak calling calling kau..fb pon kau jarang online.. pape pon, jaga diri ! *taktao nak cakap apa lah,Nya.. RINDU kau lah..!
Jija @ JahJa, RINDU nak dengar kau puji DIRI SENDIRI cun comel dan sewaktu dgnnya.. HAHA..
Jaja @ Gepeng: Peng, RINDU nak tgk kau kena buli dgn Mama..*HAHAHA.. 'DRAMA' korang masa form2 memang takleh LUPA haihh -.-'
Rina @ Nana: Na, RINDU nak tgk kau senyum..kau laa kawan yang paling sweet senyumannya! HAHA..*yang lain, takpayah nak jealous lah.. :p
Fiza @ Goreng: HAHA.. *gelaran nih dia taktao pon ! aku pon baru tao dari kwn2 lain..Btw, taktau nak cakap rindu Fiza kat mana? RINDU nak dgr citer GORENGG dia kot, KAN ESG?*HAHAHAHA..*mati aku kalau dia baca.nseb baik dia sorang je yang takkan baca!*


Oke lah, korang.. Nanti aku tulis lain..Baikk punya,k !
Aku nak stop.. Hope korang baca.. (;


Una, Ti, Rina, Goreng, Gepeng, Mama, Jija, Nyonya
Sorii, aku takde gambar kita dulu..
Gambar sambut befday pon takde weh,
kat Fiza banyak lah!
Aku balik sana nanti kita pose bebanyak, k.
HAHA
I Love All of You
Hope kita tetap SAHABAT sampai hujung nafas
walaupun lepas nih masing masing
dah ada hidup sendiri


Salam Sayang dan Rindu separuh mati,
Una...... :')

Monday, 18 July 2011

ADTEC BP, kenangan terindah..

Haa, nih laa ADTEC tuh..
Dulu selalu merayau rayau kat depan kolam nih ! 
HAHA.. time tuh bebudak lagi laa..


Well, aku dok ADTEC nih since sekolah tadika lagi...tapi sayangnya, dok situ sampai 
darjah 3 je....... bulan Julai 2004, pindah lahh aku... :(
sedih jugak laa..coz masa tuh KAWAN berlambak lambak.... RAMAII sgt budak budak sebaya..

Main galah panjang adalah aktiviti UTAMA budak budak situ pd masa itu termasuk aku.. Main kat parking lot, jalan tar pulak tuh.. jatuh je, gerenti kaki LUKA, balik rumah NANGISS kesakitan.. HAHAHA

Paling tak boleh lupa, YUYU, NURIN, abg Syafiq, Man, Azzamuddin, Husni, Wan, Ikmal, kak Long and ramai lagii laa..nak tulis pon sampai esok pagi baru siapp.. HAHA *gempak je

Haa, Yuyu and abg Syafiq nih adek beradek..
aku paling ingat kat dyorg sebab ..................... *HAHA
bila aku merajuk je, aku mesti pegi rumah dyorg..
pastuh, dyorg mestii bagi aku ais-krim, kdg2 bg minum mcm OAT laa..
Bestt sgt...family dyorg memang sempoi TERBAEKKK ! (:
pastuh,lepas dah makan je, duduk kat balkoni rumah dyorg main UNO... since dari tuh laa aku belajar main UNO...hihihii.. sampai taksub sgt, aku beli UNO original ! =D
banyak lah kenangan,susahh nak citer... tapi memang best lahh, hope tak putus lagi silaturrahim ktorg yang baru dibina semula SEMALAM.. *HAHA

Haa, yang NURIN nih pulak..
of course laa, my Bestfren Forever !
dari kecik memang BERKEPITTT je...
dulu masa darjah 6 ada jugak koling koling, tapi lepas tuh tak tau nape, LOST CONTACT lagii..sedih jugak lahh.. 
dengan dia nih takyah cakap laa, memang banyak memoriess indah indah belaka.. 
hikhikhik ;D

Haa, dgn yang lain tuh memang takyahh citerr jugak lahh..
Man-->main mak mak sama sama..HAHA.. 
Azamuddin--> memang takleh lupa,time LEPAS dia nangis lahh..*HAHA
Husni-->tiap tiap petang lepak main *apa ek? tak ingat* kat ADTEC..budak paling pandai dalam kelas time tuh and sekarang pon still BUDAKKK PANDAII lagi... kan Ni kan?HAHA
Wan & Ikmal--> haa,biase2 je..takde kenangan sangat..HAHA..

oke lah,,itu je kot..
hik3... :D 
busy layan pesbuk jap nih...nnt aku updates lainn.. babaii..
Assalamualaikum <3

Sunday, 17 July 2011

Dah Jumpaaa ! =D

..Assalamualaikum..


----------------------------------------------------------------------------------------------


Haa, nak tao tak apa yang 'dah jumpa' sangat nih?
hikhikhik.. Maluu lahh! HAHA *GEDIK
Aku dah jumpa pesbuk=facebook
kawan lama aku.. eh eh, bukan lah kawan lama..
kakak angkat lama kottt... masa tuh aku darjah 3, dia pulak darjah 6..
ingat lagi kenangan ! HAHA.. 
btw, thanks to Hazwan Hamidon lahh! sebab dia lah, aku jumpa pesbuk akak nih..
aku dah add dia, hope dia approve cepat cepat.. nak mintak nombor telefon dia, 
nak kolling dia..aww aww  *HAHA

Al-maklumlah, RINDUU weh.. bape lama hilang tanpa beritaa..
HAHA..aku punya pasal lah nih...
dulu time dok ADTEC Batu Pahat *kami JIRAN*
sebelom pindah dia ada bagi nombor telefon..tapi tak tao aku campak mana..
terus lost contact cmtuh je..BONGOK kan? xD
tapi kira oke lah,aku CARII dia !
HAHA.. ingat lg, time nak pindah tuh,
tengah susun susun barang, angkut bawak kat lori 
dia tunggu je kat rumah aku,sampai aku bertolak pegi... 
*sedih time nih laa*

btw,ingatkan tak dapat jumpa dah tauu !
rupa rupanya, masa aku form1 *kot*
ada sambutan hari raya kat ILP Kuala Lumpur *bekas tempat keje ayah aku*
haa, time tuh laa jumpa kakak nih lagii.. tapi tak tegor tegor pon, dua dua malu... HAHAHA..
kan kak YUYU?
cuma salam salam pastuh sengih sengih... HAHA.. padahal dok meja sebelah sebelah je..
masa balik tuh memang MENYESAL tahap hape laa sebab tak tegor akak ! SUMPAH

Ahh, tak kira.. lepas akak approve nih, kita taknak dah lost contact...! (:

utk kak YUYU: kite ada kenal someone, seBIJIKKK gila dgn muka akak..! nnt kite tunjukkan lps akak approve kite...

p/s: GEMBIRAAAAAAAA tak terkata..

Friday, 15 July 2011

malam NIFSU SYABAN

Assalamualaikum..
Dear Reader, 
tau tak, malam nih malam nifsu syaban taw !


korang tau tak apa tuh malam NIFSU SYA'BAN?
Malam nifsu sya'ban nih *ikot bahasa arab lah kan*  maksodnya, malam pertengahan bulan Sya'ban.... Malam nih la yang dikatakan malam nifsu Sya'ban tuh..
korang jangan tak tau pulak apa tuh SYA'BAN.. ! kalau tak tau jugak, rujuk pd ustazah or ustaz korang ye.. (:
-bulan Sya'ban nih antara bulan yang paling Rasulullah S.A.W suka tau..dalam bulan nih la dikatakan Rasulullah akan memperbanyakkan amalan amalan baik.. contoh paling bagus, PUASA laaa..
-bulan Sya'ban juga adalah bulan dimana bulan yang paling sesuai untuk kita bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang mulia... 
pokoknya, amalan dan kebaikan yang berterusan akan membuatkan kita rasa lebih bersedia untuk mengahadapi bulan Ramadhan yang akan datang..


oke, nih aku sertakan hadith sikit..

Rasulullah sallAllahu’alaihi wasallam bersabda: 
“ALLAH melihat kepada hamba-hambaNYA pada malam nisfu Sya`ban, maka DIA mengampuni semua hamba-hambaNYA kecuali yang musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).”  (Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah.

Hadith di atas merupakan hadith yang sahih dari Rasulullah sallAllahu`alaihi wasallam berkenaan fadhilat nisfu Sya’ban. 

*haa, kalau korang cari hadith or ayat ayat quran kat internet nih, korang kena hati hati tau..jangan main ambil je..korang kena tau dulu kesahihan hadith tuh..oke?*

sEE, kita sendiri boleh tafsirkan TINGGI mana kebaikan malam nifsu sya'ban nih..haa, jadi jangan ketinggalan laa untuk buat solat solat sunat dan amalan amalan sunat yang lain..oke?MALAM nih tauu... (:
kalau kita nak buat amalan malam nih, buat sungguh sungguh..anggap macam malam nih adalah malam terakhir kita hidup... InsyaAllah, kita sama sama praktikkan.. oke?


Rasulullah bersabda: barang siapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka haram baginya. Sebarkan dan selamat beramal
----16 Julai 2011-----

Thursday, 14 July 2011

Peruntukkan masa anda utk baca article nih sekejap!

Assalamualaikum wbt..

---------------------------------------------------------------
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian..

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya..

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya..

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.,
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja..

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional..
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda..

-----------------------------------------------------------------------------------
Boleh bertanya terus pada Kaunselor Cilik
Just send personal message (PM) di Facebook saya, ye !